Percayalah
Bila masanya untuk bersuara, saya berdiam sahaja.
”percayalah”, tetapi saya tidak.
Kenapa tinggal dalam ketakutan?
”Mungkin masanya bukan sekarang”
Kenapa tidak cuba?
”Mungkin cintamu bukan yang benar”
Kenapa tidak percaya?
”Mungkin yang ternanti hanya dalam mimpian saya”
Siang dah jadi malam,
dan matahari pun dah terbenam.
Dalam fikiran saya, katamu berulang,
dan saya mahu percaya.
Saya mahu percaya.


